Pengacara dan pelakon Awal Ashaari, mengakui terpaksa bersuara di laman sosial mengenai permasalahan yang dihadapinya dengan khidmat pelanggan sebuah syarikat perusahaan kereta paling dikenali di dunia, Mercedez Benz.

IKLAN

Menurut perkongsian Awal di IG storiesnya, dia menganggap sebuah syarikat besar dengan proffesionalisme yang begitu tinggi, kepuasan pelanggan sepatutnya menjadi keutamaan mereka.

HANGAT difahamkan kereta milik Awal mengalami kerosakkan dan kini masih berada di salah satu pusat servis Mercedez Benz  sejak Ogos 2018 yang lalu. Walaubagaimanapun sehingga kini mereka masih belum selesai membaiki keretanya.

Menurut Awal, walaupun Mercedez sentiasa progresif menggalakkan orang ramai memiliki kereta jenamanya, sebaliknya mereka tidak mampu untuk menyelesaikan isu berkenaan alat gantian kereta, malah tidak mengemas kini perkembangan semasa kondisi kereta kepada pelanggan.

BACA  Rambut 'Blonde' Tak Sah Solat?- Ini Jawapan Awal Ashaari

Selama 6 bulan, Awal terpaksa mencari alternatif pengangkutan yang lain untuk bekerja setiap hari.

Tambah Awal lagi, dia menyifatkan Mercedez Benz hanya bijak menjual kereta tetapi tidak peduli dengan kepuashatian pemiliknya.

HANGAT bersimpati dengan nasib yang menimpa Awal, kepuasan pelanggan adalah penting lagi-lagi harga kereta bukan biasa-biasa dan mereka seharusnyamenjaga hati pelanggan dengan sebaiknya.

Artikel SebelumnyaHarith Iskander Sindir PLUS Buka Lorong Kecemasan
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Donald Trump Disunting Persis ‘Superhero’ Sebenar!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.