Rasanya ramai sudah tidak sabar untuk menantikan dua filem Marvel pada tahun ini! Mendahului carta, sudah pastinya filem watak terbaru Marvel, Captain Marvel yang akan ditayangan pada 8 Mac diikuti enam minggu selepasnya, Avengers : End Game yang dikhabarkan berdurasi selama hampir tiga jam.

MCU Beri Petunjuk Kemunculan Watak Baharu

Berdasarkan trailer yang diberi, peminat sudah mengetahui dua watak terbaru akan turut serta dalam Avengers: End Game. Selain Captain Marvel, watak Ronin yang dahulunya adalah Hawkeye turut ‘dihidupkan’.

Namun begitu, muncul pula khabar angin mengatakan satu lagi watak baharu akan diperlihatkan dalam siri Avengers akan datang.

Segalanya bermula apabila pengasas MCU Cosmic, Jeremy Conrad membuat kesimpulan Marvel seperti memberi petunjuk bahawa akan munculnya satu watak baharu kelak.

BACA  'Footage' Filem Avengers Tersebar! Marvel Beri Peringatan Khas

Black Knight Dalam Avengers 4Β 

Watak yang dimaksudkan adalah Dane Whitman ataupun Black Knight. Mengikut khabar angin tersebut, terdapat kemungkinan Black Knight diperkenalkan MCU menerusi Quantum Realm. Pada April tahun lalu, Marvel Comics telah mencetak semula tiga komik Avengers dimana ketiga-tiga siri komik ini mempunyai watak Black Knight dan salah satu sirinya adalah End Game!

Dalam perkembangan lain pula, MCU telah mengesahkan Hiroyuki Sanada akan muncul dalam Avengers 4. Namun sehingga kini watak yang akan dibawanya tidak didedahkan. Adakah Sanada akan muncul sebagai Black Knight ataupun sebaliknya? Segalanya akan terbongkar pada 26 April ini!