Ada khabar kurang menyenangkan tentang perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Oksana Voevodina yang berasal dari Rusia.

IKLAN

Pernikahan Sultan Muhammad V dengan Oksana Voevodina (25), mantan ratu kecantikan Moscow itu, dikhabarkan berada di ambang perceraian. Padahal pasangan ini baru menikah secara tertutup di Moscow pada 25 November yang lalu.

Meskipun pernikahan ini tidak mendapat pengesahan rasmi dari kerajaan Malaysia, namun sejumlah media antarabangsa melaporkan pernikahan tersebut tidak berpanjangan. Seperti yang dilaporkan oleh laman berita antarabangsa Mirror.co.uk , akhbar dari Rusia, Tolko Nikomu menyebut, pernikahan itu hanya berlangsung “beberapa bulan saja”.

“Kisah dongeng tentang Cinderella Rusia yang menikahi seorang raja nampaknya akan berakhir, sejumlah dokumen yang diperlukan (untuk perceraian) sudah dipersiapkan,” demikian dikhabarkan sebuah akhbar terbitan Rusia Tolko Nikomu 

“Pernikahan ini hanya berlangsung beberapa bulan,”- menurut akhbar harian yang sama.

Walaubagaimanapun belum ada kenyataan rasmi dari pasangan itu terkait laporan beberapa media Rusia.

BACA  [VIDEO] Misha Omar Lantik Peguam Gara-gara Difitnah Guna Sihir & Bela Jin

Namun, ayah Oksana dikhabarkan menepis semua khabar angin soal pernikahan anak perempuanya.

“Semua berita palsu. Saya tak membaca berita di internet tetapi (jika mereka bercerai) maka saya yang pertama kali akan tahu,” kata Andrey Gorbatenko, bapa Oksana.

Rakan baik Oksana juga melaporkan bahawa kehidupan Miss Moscow 2015 yang berprofesi sebagai model itu berjalan baik. Dia menuduh sejumlah pemberita di media membuat laporan palsu.

Sebelum ini, muncul khabar Oksana menjangkakan dirinya sedang mengandung anak sulung selepas menjalani rawatan di klinik perancang keluarga di Jerman. Berita ini telah dilaporkan oleh akhbar popular di Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP) menerusi artikel dari The Sun.

Media Tempatan Rusia Melaporkan Oksana Voevodina Mengandung Anak Sulung