Sebelum ini agak kecoh selepas kenyataan dikeluarkan Kumpulan Radio Star (SRG), kontrak Shahrol Shiro selaku deejay bagi stesen Suria FM telah ditamatkan gara-gara pelawak itu mempunyai masalah disiplin.

Bagaimanapun, Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, terpaksa bersuara terhadap kenyataan tersebut menerusi Instagramnya sebentar tadi.

‘Be Profesional Suria fm’

“Be Profesional Suria fm! Posting saya sebelum ni dah berterima kasih dan menghargai kamu..Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengAibkan saya..Kenapa timbulnya isu ni??Adakah kerana hasad dengki??Atau kerana terdengar Bisikan Syaitan?? Biar sy jelaskan satu persatu”

Saya berlapang dada dan terima keputusan

Mengenai isu prestasi kerja Shahrol kurang memuaskan, ini jawapan beliau

“Isu ponteng kerja, mc dan disiplin – Memang ada berlaku sepanjang MLM2018. Kadang-kadanag mencari idea sehingga jam 3 pagi hingga pukul 5.30 dah bangun. Apa hukuman kamu? Kamu GANTUNG dan TOLAK gaji saya.”

“Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu Telah pun MENGHUKUM saya! Sepatutnya kamu berikan sokongan penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak, gambar saya kat sosial media @suriamalaysia jarang sekali di repost. Kalau direpost boleh buat kenduri kesyukuran la!”

‘Kamu ingat saya SAMPAH”

Shahrol juga menafikan bahawa dia tidak mengikut program yang dijalan oleh SRG sedangkan dia turut serta program dengan kenderaan sendiri tanpa menuntut claim, minyak dan tol.

“Tidak ikut program kamu- Sepanjang jelajah suria ada tempat yang tidak pergi kerana masalah keluarga dan show yang telah lock terlebih awal. Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah suria setiap jumaat sedangkan kamu tahu jumaat malam saya terlibat dalam Super Spontan.”

“Selepas habis rancangan saya ikut jelajah kamu dengan kenderaan sendiri TANPA claim minyak dan tol. Dulu kamu pening kepala rating Suria jatuh. Kita berbincang bersama dalam suatu suasana yang muhibbbah. Dengan izin Allah survey yang lepas kita naik. Bila nak tamatkan kontrak suruh datang amik surat dan what app, tanpa duduk bersama. Kamu ingat saya SAMPAH.”

Kalau diikutkan Shahrol telah menandatangani kontrak selama setahun dengan Suria tapi telah ditamatkan pada 11 Januari yang lalu sewaktu MLM berlangsung.

“Alasan kamu tidak mahu saya hilang fokus dalam MLM2018 sedangkan surat tamat kontrak sewaktu MLM berlangsung. Takkan nak nampak suci disitu.”

“Lagi satu whatapp jangan bagi blue thick jer, terguris perasaan ini. Saya tunggu juga ucapan tahniah atas kemenangan MLM dari kalian. Tak Mengapa ,Mungkin tak tengok Astro kot (bersangka baik) Akhir kata “Majulah Tanpa Harus Menyingkirkan Orang Lain, Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang Lain, Dan Berbahagialah Tanpa Menyakiti Orang Lain”

BACA  Studio KRU Yang Baharu Kini Di KidZania Kuala Lumpur