Menerusi perkongsian di laman Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali memberitahu orang ramai masih menggelarnya pondan walaupun beliau sudah berkahwin, mempunyai anak dan kini sudah bercucu.


Biarpun ramai yang menghinanya, namun beliau berbangga kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Dalam pada itu, beliau berkata netizen yang mengutuknya tidak sepatutnya mengaibkannya sebegitu. Ujarnya lagi, netizen yang menghinanya perlu cermin diri mereka terlebih dahulu.

“These people should be ashamed of themselves and pergi la suluh cermin masing2 pun yang ada hidup mereka cuma kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang!

“Rezeki mereka Allah sempit kan kerja hati mereka yg hitam suka mengaib dan melakukan penganiayaan dan kezaliman keatas manusia yang lain!

“Itu pun masa ada yang tak boleh melihat kesilapan masing2 yang di jatuhkan Allah kelembah penuh penghinaan. And they need to preach me?

“Please la kan CW is not those Rats from the gutters that loved to dwell on those garbarge pun! They think by insulting me they will get the ugly side of me unfortunately they were dead wrong!

“I can be still cool about it and even make fun of them balik all this disgusting idiots out there! What say u?,” tulis Chef Wan.

Ramai netizen yang masih menghina Chef Wan diruangan komen gambar-gambar Chef Wan yang menganggap beliau seorang pondan tua yang tidak sedar diri. Tetapi Chef Wan tidak teragak-agak untuk menyekat mana-mana netizen yang meninggalkan komen-komen negatif di laman sosial kepunyaan Chef Zam.

BACA  Sultan Ahmad Shah Mangkat! 3 Selebriti Ini Titip Ucapan Takziah

Terdahulu, Che Wan dikatakan mengeluarkan kenyataan mahu menampar DS Najib. Bagaimanapun, Chef Wan telah pun membuat permohonan maaf terhadap bekas Perdana Menteri itu dan mengakui kenyataan itu dibuat dalam keadaan marah.

Hangat.com berharap agar Chef Wan bersabar dengan dugaan yang diterima. Semoga Chef Wan terus cekal menghadapi hari-hari yang mendatang serta terus maju jaya. In shaa Allah.