Baru-baru ini lagu single terbaru Fazura yang berjudul ‘Can’t Forget Me’ itu semakin mendapat tempat dihati ramai pendengar apabila berjaya menduduki tangga pertama carta muzik iTunes, sekaligus berjaya menewaskan lagu bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande.

Namun baru-baru ini, nyanyian Fazura secara langsung di Konsert Elmina Lakeside telah mendapat kritikan daripada netizen. Di konsert tersebut Namawee dan Shane Fillan dari Kumpulan Westlife turut diundang untuk membuat persembahan.

BACA  "Alhamdulilah, Sekarang Kami Adalah Keluarga Yang Bahagia"- Oksana Voevodina

Ini bukan kali pertama suara Fazura dikritik. Ada juga seorang netizen meluahkan rasa kecewa dengan mutu suara Fazura yang menyanyi live serta mengatakan lagu tersebut tidak sesuai suaranya serta ada juga netizen yang menggunakan autotune dalam lagu yang direkod.

Bagaimanapun, ada netizen yang memuji cara nyanyian Fazura menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini. Hangat.com berharap agar segala komen negatif dari netizen dapat diterima oleh Fazura supaya dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk menghasilkan lagu yang lebih bermutu selepas ini.