1 Mac hadapan adalah hari bahagia untuk Ameer iaitu salah seorang dari anggota Forteen yang akan bakal bernikah dengan gadis pilihan, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar. Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar juga berkata bahawa persiapan majlis perkahwinannya kini hampir selesai dilakukan dan akan diadakan di ibu kota.

IKLAN

“Majlis kahwin saya nanti memang diadakan pada skala sederhana. Kami akan bernikah di masjid dan keesokannya saya dan isteri diraikan dalam majlis resepsi pula. Setakat ini, segala perancangan berjalan lancar.

“Bakal isteri turut banyak membantu melakukan persiapan, apatah lagi ketika ini saya juga sibuk menghasilkan single terbaru bersama Forteen. Ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

B

“Kami sudah lebih setahun berkenalan menerusi media sosial. Beberapa bulan selepas saling mengenali, saya meminta keluarga untuk meminang dirinya.

“Seterusnya, kami memilih tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Semuanya berjalan dengan pantas dan bagai dipermudahkan. Saya sendiri jika diizinkan mahu mempercepatkan perkara yang baik.

“Saya percaya, soal jodoh ada kalanya berlaku seperti magis dan terjadi dalam sekelip mata. Pada masa sama, ada hubungan yang memakan masa panjang, tetapi belum tentu berakhir dengan ikatan sah,” kata Ameer.

Team Hangat.com ingin mengucapkan tahniah kepada Ameer dan pasangan. Hangat.com mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga berkekalan hingga ke jannah, in shaa Allah.

BACA  Vanidah Imran Tidak Mahu Memanjangkan Hal Perpisahan Bersama Rashidi Ishak