Sejak dua tahun lalu, nama pelakon Fathia Latiff dihambat pelbagai kontroversi panas sehingga dikatakan telah digam oleh syarikat televisyen. Namun begitu, permulaan tahun ini nama Fathia sekali lagi menjadi sebutan di media sosial.

IKLAN

Netizen Tunjuk Bukti Fathia Buka Tudung

Semuanya gara-gara terdapat sebuah pengguna di Instagram mendedahkan gambar dan video seorang mirip pelakon itu namun dilihat tidak berhijab seperti penampilan Fathia terkini. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, beberapa gambar lain Fathia berhijab memakai baju yang sama turut tersebar sekaligus mengandaikan wanita tersebut sememangnya Fathia.

Akaun Instagram Dihujani KomenΒ 

Ekoran itu, akaun Instagram Fathia telah ‘diserang’ netizen dengan pelbagai komen kecaman dan persoalan sehingga menyebabkan selebriti itu terpaksa menyahaktif ruangan komen.

BACA  Isu Jururawat: Linda Rafar Percaya Kebenaran Berpihak Padanya

Rata-rata netizen berasa kecewa dengan sikap Fathia selain terdapat segelintir yang turut mendoakan agar Fathia kuatkan semangat kerana percaya selebriti kesayangan mereka itu mengalami tekanan sejak dahulu lagi. Sehingga kini, tiada sebarang komen lanjut dari Fathia barangkali pelakon ini akan memnbuat kenyataan tidak lama lagi.