Lagu terbaharu Nabila Razali yang berjudul ‘Vroom Vroom’ pada mulanya berhadapan dengan masalah teknikal di YouTube apabila muzik video yang dilancarkan kira-kira pukul empat petang Rabu lalu tidak mencatat sebarang jumlah tontonan meskipun sudah dimuat naik selama hampir enam jam di platform itu.

Cecah 1 Juta Tontonan 

Bagaimanapun,penyanyi yang berusia 27 tahun itu kini boleh menarik nafas lega kerana masalah tersebut telah dapat diatasi. Lebih membanggakan selepas empat hari dimuat naik, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Khong itu sehingga ke hari ini telah mencatat lebih dari 1 juta tontonan di YouTube!

Trending Nombor 2 Di YouTube 

Menurut Nabila, meskipun pada mulanya berhadapan dengan masalah, dia bersyukur dengan penerimaan dan reaksi pendengar yang pelbagai terhadap lagu baharunya itu. Malah berdasarkan carian terkini kami mendapati Vroom Vroom turut menduduki tangga kedua trending di YouTube.

“Awalnya, selepas dimuat naik YouTube kami hadapi masalah teknikal. Tapi alhamdulillah keesokannya tontonan baru mula dikira. Walaupun begitu, saya gembira sangat muzik video itu kini sudah mencecah 1 juta tontonan dalam tempoh empat hari,”

Jelas Nabila lagi, dia berharap lagu genre Pop Rock ini dapat diterima seperti lagu terdahulunya Pematah Hati.

“Saya berterima kasih kepada yang suka dengan lagu ini dan kongsi kepada kawan-kawan dan pada yang tidak suka, mungkin pendengar perlu beri masa untuk terima lagu ini.”

Muzik video Vroom Vroom turut menampilkan Fendy Bakry, Ara Johari, Sharifah Rose, Nia Atasha serta penampilan khas Hael Husaini. Muzik video boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Seventeen Eleven Music dan boleh didengar di semua pelantar Digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK BOX, Deezer dan iTunes mulai 1 Februari depan.

BACA  Jelajah Dbilique Beri Jalan Pintas Kepada Peminat Untuk Dekati Artis Pujaan
Artikel SebelumnyaAkaun Instagram Fathia Latiff Diserang Netizen Gara-Gara Isu Buka Tudung!
Artikel SeterusnyaTahniah! Liza Hanim Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kelima
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress