Tidak dinafikan kebanyakan selebriti yang jarang dilihat kini semakin cantik apatah lagi ada diantaranya juga sudah berhijab termasuklah pelakon Sherry Ibrahim. Sejak mengenakan hijab, pelakon ini semakin cantik dan turut dipuji netizen.

IKLAN

Buat Pembedahan Wajah?

Baru-baru ini Sherry telah memuat naik satu gambar terbaharunya di Instgram. Namun begitu, dia telah dituduh melakukan pembedahan wajah dek kerana gambar tersebut menampakkan sisi wajahnya yang agak berbeza daripada yang asal.

BACA  Nora Danish Bidas Dakwaan Sambut Krismas, Akhirnya Netizen Malu Sendiri!

Dek kerana itu, peminat saling bertelagah dan menghujani ruangan komen gambar tersebut sehingga menybebabkan pelakon ini terpaksa menyahaktifkan ruangan komen.

Kesal Difitnah

Dalam satu posting yang lain, Sherry meluahkan rasa kesalnya apabila difitnah segelintir individu yang menuduhnya membuat pembedahan muka. Tidak cukup dengan itu, tuduhan tersebut turut melibatkan keluarganya sehingga menyebabkan Sherry memuat naik akaun individu yang menuduhnya. Rata-rata netizen turut mengharapkan Sherry agar terus kuat menghadapi pelbagai kecaman tersebut selain mendoakan agar pelakon ini terus sukses di masa hadapan.