Sebelum ini ramai yang ternanti-nanti mengenai berita penyanyi Liza Hanim yang sedang sarat mengandung dan turut dijangka akan hamil pada awal tahun ini. Jumaat lalu, berita gembira tersebut disambut peminat apabila pelantun Gelisah Mimpi ini memberitahu sudah selamat bersalin.

Bersalin Pada Jam 11 Malam

Menerusi perkongsian Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim binti Abdul Halim di Instagram nya, dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 malam, Jumaat. Dalam posting yang sama juga, Liza turut bersyukur kerana selamat menjalani proses bersalin serta turut mengucapkan terima kasih buat semua pengikut yang mendoakannya selama ini.

“Allahuakbar! Alhamdulillah dengan izin Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam. Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua! Alhamdulillah…”

https://www.instagram.com/p/BtFY9q7HZsv/

Anak Kelima Liza Hanim

Dalam perkembangan lain, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas ahli kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata, tiga lelaki dan dua perempuan. Tahniah diucapkan buat Liza dan selamat berpantang!