Terdahulu, peminat begitu teruja apabila mendapat tahu dua penyanyi Korea terkenal, Kai Exo dan Jennie Blackpink sedang menjalinkan hubungan cinta. Buktinya, beberapa gambar mesra mereka telah berjaya dirakam peminat secara rahsia.

Putus Selepas 4 Bulan

Terbaru, menurut sumber kedua-duanya dilaporkan sudah berpisah selepas empat bulan menjalinkan hubungan cinta. Perkara itu turut disahkan oleh pihak pengurusan mereka, SM Entertainment. Meskipun tidak lagi bersama, kedua-duanya dikatakan masih lagi berhubung baik.

Putus Kerana Komitmen Kerja

Ramai yang tertanya apakah punca pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah kerana hubungan yang dijalinkan masih baru. Dikatakan kerana ingin memfokuskan pada kerja adalah punca mereka berpisah selain memikirkan soal ahli kumpulan masing-masing dan juga peminat. Nampaknya kali ini Jennie kembali Solo..lo..lo!

BACA  [VIDEO] Sebak! Reaksi Ibu Caprice Selepas Dihadiahkan Banglo 3 Tingkat Ini

SUMBERTribunnews
Artikel SebelumnyaTahniah! Liza Hanim Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kelima
Artikel SeterusnyaMeghan Markle Diberi Amaran Gara-Gara Tutup Pintu Kereta Sendiri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress