Umum mengetahui bahawa Meghan Markle sememangnya seorang yang begitu rendah diri sehingga kebanyakan protol diraja pernah ‘dilanggar’ beliau. Barangkali puteri diraja ini masih cuba untuk menyesuaikan diri selepas bergelar kerabat diraja.

IKLAN

Diberi Amaran

Selepas isu kuku diwarnakan, terbaru Meghan telah diberi amaran oleh para petugas perlindungan diraja. Segalanya kerana sebelum ini Duchess of Sussex itu dilihat telah menutup sendiri pintu kereta yang dinaikinya sehingga menimbulkan kebimbangan pegawai istana terhadap keselamatannya.

Kereta Dilengkapi Sistem Automatik

Kebimbangan itu dikatakan berpunca selepas langkah-langkah keselamatan baharu dipertingkatkan sejurus kemalangan kereta yang melibatkan Duke of Edinburgh didalamnya,terbalik berhampiran Sandringham.

BACA  Wow! Meghan Markle Bakal Hadiahkan Kate Middleton Sebuah Diari Berkulit

Oleh itu, petugas perlindungan bimbang mungkin tidak dapat masuk semula ke dalam keretanya dengan segera sekiranya terdapat kecemasan kerana kereta itu mempunyai sistem kunci automatik. Bagaimanapun, semasa lawatan ke Auckland, New Zealand, Duchess of Sussex itu dilihat meninggalkan kereta dengan pintu terbuka dan barangkali sudah memahami protokol tersebut.