Sebuah video yang menunjukkan seorang seorang wanita melempang pekerja di sebuah farmasi di khalayak ramai tular di media sosial dan mendapat kecaman hebat dari netizen.

Melalui perkongsian di akaun Facebook dengan nama Star ShareΒ , wanita itu diketahui merupakan pembantu peribadi usahawan kosmetik Nur Sajat.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 3Β  saat yang tular dalam media sosial itu, dilihat mangsa telah ditarik keluar dari tempatnya bekerja di KLCC dan ditampar sebanyak 3 kali sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.

Mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di jari dan muka akibat dipukul oleh 3 orang bersama suspek, malah telefon bimbitnya hilang sewaktu kejadian berlaku.

BACA  'Mesti Ramai Rindu!'- Kurang dari 24 Jam, IG Baru Nur Sajat Kini Diikuti Seramai 17k