Trailer pertama dari filem aksi-komedi yang dibintangi oleh Liam Neeson, Cold Pursuit, sudah dirilis pada awal minggu ini. Selain trailer pertama, Cold Pursuit juga merilis sebuah poster rasmi untuk filem ini. Berbeza dengan poster filem pada umumnya, poster dari Cold Pursuit ini seakan memberikan kita pesan penting, khususnya ketika memandu.

IKLAN

Sebuah kereta tersangkut di tengah-tengah sebuah pohon besar yangtinggi. Dibawahnya terdapat dua tanda, yang menunjukan daerah tersebut dan tanda untuk berhati-hati saat memandu.

Selain menukar tajuk, Cold Pursuit juga menukar sinopsis dan juga menambah tambahan di dalam filem ini sehingga menjadi sebuah thriller-aksi dengan humor yang gelap. Jika dilihat dari trailernya, filem ini seakan mengabungkan film FargoTaken dan film animasi The Simpson. Karakter yang akan dilakonkankan oleh Liam adalah Nels Coxman.

BACA  Tiket Avengers: EndGame Habis Dijual Hanya Dalam Beberapa Jam!

Sinopsis

Filem ini berkisah tentang sebuah keluarga yan sedang memandu sebuah trak penghalau salju dan dia juga sedang belajar untuk menggunakan senjata untuk berusaha melawan para penagih dadah yang sudah membunuh anak lelakinya. Para peminat Liam Neeson dibuat tidak sabar dengan penampilan komedi dari aktor yang sering mendapatkan watak pahlawan.

Trailer

40 Pasang Tiket Untuk Dimenangi!

Semua itu akan terjawab menerusi filem Aksi-Thriller yang berjudul Cold Pursuit. Hangat.com dengan kerjasama TGV CINEMAS akan menganjurkan tayangan perdana filem ini pada 20 Febuari 2019 bertempat di TGV One Utama pada jam 9 malam.

Kami ingin menjemput 40 orang pembaca bertuah kami menjadi yang terawal menonton filem ini! Anda cuma perlu menjawab soalan mudah di bawah dan barangkali anda adalah pemenangnya!