Debaran Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) semakin terasa di mana ia bakal berlangsung pada Ahad ini dan menyaksikan persaingan sengit dengan pelbagai ramalan. Dalam kalangan peminat, HANGAT dapat lihat pelbagai jangkaan dan antara lagu yang disebut-sebut menjadi juara ialah Sampai Bila (Misha Omar), Hajat (Hael Husaini), Nisan Cinta (Jaclyn Victor & Siti Nordiana) dan Haram ( Hael Husaini & Dayang Nurfaizah).

IKLAN

Lebih menguatkan lagi ramalan tersebut, 4 dari finalis tersebut sudah pun bergelar Juara AJL sebelum ini.

2Dayang Nurfaizah Juara AJL Ke-31

Lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu  ke-31 (AJL31) pada tahun 2017. Dayang turut merangkul trofi kemenangan bagi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama. Dengan lagu duetnya bersama Hael Husaini yang juga pernah menjuarai AJL, tak mustahil jika pasangan ini bakal bergelar juara AJL buat kali kedua.

3Jaclyn Victor Juara AJL ke-20

Jaclyn Victor menjadi penyanyi bukan Melayu kedua selepas Francissca Peter yang lagu nyanyiannya diangkat sebagai Juara Lagu pada 2005. Lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Asmin Mudin itu adalah lagu kemenangan ketika tampil di pentas akhir program realiti Malaysian Idol musim pertama.

BACA  Ahmad Dhani Dipenjara! Beginilah Nasib Konsert Dewa 19 Di Malaysia

Siapa sangka, lagu kemenangan itu jugalah yang membawa namanya dan terus dikenali sehingga ke hari ini. Sekali lagi dia muncul untuk AJL33 bersama rakan duetnya Siti Nordiana yang juga Juara Gegar Vaganza musim ke- 2. Tidak terkejut jika pasangan ini bakal menjadi pasangan duo wanita pertama menjadi Juara AJL33.

4Misha Omar Juara AJL ke- 18

Sebelum ini HANGAT ada mengluarkan artikel ramalan bahawa Misha bakal bergelar juara AJL-33. Salah satu fakta yang menguatkan ramalan ini adalah kerana pada tahun 2003, Misha menjadi juara AJL ke 18 juga menerusi lagu Bunga-bunga Cinta. Pada ketika itu pelbagai pihak telah meramalkan penguasaan Misha dan akhirnya beliau berjaya membawa pulang trofi juara keseluruhan AJL beserta anugerah Vokal Terbaik menewaskan penyanyi yang jauh lebih senior seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Mus dari kumpulan May, Ning Baizura dan Yassin Sulaiman.

BACA  5 Selebriti Ini Terkenal Dengan 'Trademark' Tersendiri!

Jadi adakan alasan yang dinyatakan di atas memberi kemungkinan bahawa mereka di kalangan yang menjadi Juara AJL33? Sama-sama kita nantikan  pada 3 Februari ini.