Masih lagi mengenai kejadian tampar menampar melibatkan pembantu peribadi Nur Sajat dan pekerja farmasi baru-baru ini, semakin ramai netizen mula memberikan pandangan mereka mengenai isu tersebut yang menjadi tular di media sosial.

IKLAN

Malah, para netizen turut tidak ketinggalan mereka-reka cerita masing-masing tentang punca pembantu peribadi Nur Sajat yang dikenali sebagai @diamonds_isabella di Instagram menampar mangsa walaupun hakikatnya mereka tiada di tempat kejadian.

Mungkin disebabkan itulah usahawan kosmetik Nur Sajat menerusi akaun Instagramnya telah tampil mendedahkan perkara sebenar yang berlaku sebelum kejadian itu berlaku.

Terdahulu, tularย  rakaman video berdurasi 1 minit 3ย  saat di media sosial, wanita yang didakwa seorang ‘Mak Nyah’ menarik keluar pekerja farmasi dari tempatnya bekerjanya dan ditampar sebanyak 3 kali sebelum berlakunya pertengkaran.

BACA  [VIDEO] Pembantu Peribadi Nur Sajat Tampar Pekerja Farmasi di KLCC?

Mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di jari dan muka akibat dipukul oleh 3 orang bersama suspek, malah telefon bimbitnya hilang sewaktu kejadian berlaku.