Minggu ini tular mengenai kontroversi melibatkan pelakon Fatimah Rohani atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong selepas beberapa gambarnya tidak bertudung tular di media sosial. Bagaimanapun, pelakon itu akui akan kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka kepada semua terutama peminatnya.

Akui Tegur Emma

Dalam perkembangan lain, pengarah terkenal Michael Ang akui telah menegur akan tindakan Emma berkenaan isu tersebut. Tegas Michael di Instagram nya, dia telah berhubung dengan Emma dan pelakon itu turut memohon maaf. Michael bagaimanapun enggan menunjukkan bukti perbualannya bersama Emma menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sekarang baru tahu netizen yang komen di IG saya batu api kan. Sejak kes gambar tak bertudung itu, satu-satu minta aku komen.Sebab nak tahu apa aku cakap pasal anak kesayangan aku tu.Sah-sah aku dah maki dia, marah dia. Takkan aku tunjuk atau nak attach conversation dan voice note aku dengan dia,”

Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Emma 

Meskipun begitu, pengarah itu menjelaskan agar netizen memaafkan Emma kerana menganggap perbuatan Emma itu adalah hak masing-masing dan pelakon itu juga sudah memohon maaf.

Tambah Michael lagi, dia turut memohon netizen agar mendoakan yang terbaik buat Emma dan berbuat baik sesama sendiri.