Semalam telah berlangsungnya satu sejarah negara khususnya buat negeri Pahang apabila menyaksikan tiga istiadat telah berlangsung di Istana Abu Bakar, Pahang. Istiadat tersebut telah memasyhurkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai Tengku Ampuan Pahang dan anakanda nya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

Erma Fatima Hadir Ke Istiadat PemasyhuranΒ 

Dalam majlis itu semua kerabat dan kenamaan Pahang turut dijemput menyaksikan istiadat tersebut termasuk pelakon dan pengarah Erma Fatima. Tidak melepaskan peluang untuk merakamkan beberapa gambar kenangan, Erma turut memuat naik gambar tersebut di laman Instagram nya sebagai perkongsian bersama pengikutnya. Dalam gambar tersebut terlihat pingat di dada nya sekaligus ramai netizen mengandaikan pengarah tersohor itu telah dianugerahkan gelaran Dato’.

BACA  Kontroversi Video Seks, Anggota CN Blue & FT Island Terlibat?

Nafi Terima Gelaran Dato’Β 

Bagaimanapun, menerusi posting terbarunya, Erma menjelaskan bahawa pingat yang tersemat di dadanya itu adalah anugerah yang diterima dari Yang Dipertuan Agong beberapa tahun yang lalu.

Jelas Erma lagi,majlis istiadat yang dihadirinya mewajibkan semua tetamu memakai pingat yang pernah diterima mereka sebelum ini termasuk dirinya. Erma bagaimanapun memberitahu dia masih belum layak menerima gelaran Dato’ seperti yang disangka ramai orang sebelum ini. Kami percaya dengan kredibiliti Erma, tidak mustahil suatu hari nanti pasti Erma akan menerima gelaran tersebut.

BACA  [VIDEO] Suara Live Fazura Dikritik Sumbang & Tidak Sama Seperti Direkod?