Berkongsi beberapa gambar nya di Indonesia, penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang berada di negara itu bagi mempromosikan konsert solo beliau yang akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.

Siti Nurhaliza Buat Kejutan Untuk Pesakit Polio

Dalam kesempatan itu, Siti turut dijemput ke sebuah program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7, Indonesia dimana dia turut membuat kejutan kepada seorang peminatnya yang menghidap penyakit polio.

Dalam rancangan itu, Khusnul Khotimoh yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur mendedahkan dia begitu meminat Siti Nurhaliza dan turut diberi peluang untuk menyanyikan bait lirik lagu Siti Nurhaliza yang menjadi kegemarannya secara langsung di set rakaman tersebut.

BACA  6 Perihal Menarik Di Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Kuala Lumpur

Sebelum itu, Khusnul dikhabarkan dengan berita sedih dimana Siti tidak dapat hadir ke rancangan itu . Namun, ketika sedang menyanyikan lagu tersebut, Siti secara tiba-tiba muncul dari belakang set membuat kejutan pada Khusnul dengan menyanyi bersamanya. Khusnul yang terkejut dapat bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya itu berkali-kali memeluk dan mengucup tangan Siti Nurhaliza sambil kedua-duanya dilihat turut mengalirkan air mata terharu

Sudah Lama Berhasrat Mahu Bertemu SitiΒ 

Dedah Khusnul, dia sudah lama menyimpan keinginan untuk bertemu Siti namun dia berasakan ianya adalah satu perkara yang mustahil. Siapa sangka dalam rancangan ini, impiannya akhir dimakbulkan untuk bertemu dengan penyanyi yang menjadi semangat hidupnya.

β€œTerima kasih buat beliau kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,”

Tidak dinafikan, Siti sememangnya penyanyi kesayangan ramai!

“Kenapa berani untuk masuk ke pasaran Indonesia? Saya datang untuk berkongsi bakat. Jika mereka tak kenal, mereka takkan cinta.” – sITI nURHALIZA