Bagi tahun 2019, sesuatu yang baharu akan kami tonjolkan buat anda si kaki wayang! Dimana mulai Februari ini kami akan tampilkan senarai filem-filem terbaik untuk anda saksikan di pawagam berhampiran anda. Berdasarkan pengamatan kami, filem-filem ini wajib berada dalam senarai mesti tonton!

Filem Terbaik Februari

Alita : Battle Angle


Tarikh Tayangan : 5 Februari 2019Genre : Sains Fiksyen
Durasi : 2 Jam 2 Minit
Pelakon Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley, Keean Johnson

Sinopis : Mengisahkan mengenai seorang robot yang diselamatkan oleh doktor siber, Alita hidup kembali tanpa mengingati sebarang asal usulnya. Bagi mencari kembali identitinya terdahulu, Alita nekad untuk mengembara bersama rakannya, Hugo. Dalam masa yang sama, Alita turut menemui kebolehannya dalam mempertahankan diri yang digunakan untuk berlawan dengan musuh-musuh siber yang kembali mencarinya.

BACA  Kes Pukul: Awie Diarahkan Bayar RM80,000 Kepada Bekas Isteri

The Lego Movie 2: The Second Part

Tarikh Tayangan : 7 Februari 2019
Genre : Animasi
Durasi : 1 Jam 47 Minit
Pelakon : Chris Pratt, Elizabeth Banks, Will Arnett, Tiffany Haddish

Sinopis : Lima tahun selepas acara Taco Tuesday, Duplo yang berasal dari dunia luar telah menukar Bricksburg menjadi sesuatu tetapi Emmet masih mengganggap nya sebagai sesuatu yang menarik. Dalm masa yang sama, rakan-rakan merek termasuk Wyldstyle telah diculik ole penjahat yang dikenali sebagai Sweet Mayhem. Emmet dalam misinya kali ini telah ke angkasa lepas untuk menyelamatkan mereka.

Happy Death Day 2U

Tarikh Tayangan : 14 Februari 2019
Genre : Misteri/Seram
Durasi : Tidak dapat dikenalpasti
Pelakon : Jessica Rothe, Israel Broussard, Suraj Sharma, Sarah Yarkin, Ruby Modine

Sinopis : Happy Death Day kembali lagi! Kali ini Theresa “Tree” Gelbman merasakan mati berulang kali adalah lebih mudah berbanding berhadapan dengan bahaya yang menghadapinya. Adakah kali ini dia akan benar-benar mati?

BACA  Pemain Badminton Jonatan Christie Tersenarai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2018

Cold Pursuit

Tarikh Tayangan : 21 Februari 2019
Genre : Aksi Komedi
Durasi : Tidak dapat dikenalpasti
Pelakon : Liam Neeson, Laura Dern, Emmy Rossum, Tom Bateman

Sinopis : Berkisah tentang sebuah keluarga yang sedang memandu sebuah trak salji dan dalam masa yang sama dia juga sedang belajar untuk menggunakan senjata bagi melawan para penagih dadah yang sudah membunuh anak lelakinya.

Misteri Dilaila

Tarikh Tayangan : 21 Februari 2019
Genre : Seram
Durasi : Tidak dapat dikenalpasti
Pelakon : Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri

Sinopis : Pasangan suami isteri,Jefri dan Dilaila sedang bercuti di rumah peninggalan arwah bapa Dilaila di Fraser Hill,Pahang. Malam pertama mereka disitu, Jefri telah diganggu dengan gangguan mister sehingga keesokan harinya dia mendapati isterinya telah hilang. Keesokan harinya Imam Aziz memberitahu bahawa Dilaila telah ditemui namun Jefri dapat merasakan itu bukanlah isterinya.

BACA  Muat Naik Gambar 'Bride To Be'! Fasha Sandha Sah Akan Berkahwin?

The Prodigy

Tarikh Tayangan : 21 Februari 2019
Genre : Seram
Durasi : Tidak dapat dikenalpasti
Pelakon : Taylor Schilling, Jackson Robert Scott, Peter Mooney

Sinopis : Kelakuan aneh anaknya selama ini dapat dirasakan angkara sesuatu yang mistik. Oleh kerana terlalu sayangkan anaknya, si ibu membawa anaknya berjumpa dengan ahli terapi bagi mengembalikan semula jiwa anaknya.

Redcon-1

Tarikh Tayangan : 28 Februari 2019
Genre : Aksi/Sains Fiksyen/Thriller
Durasi : Tidak dapat dikenalpasti
Pelakon : Katarina Waters, Mark Strange, Carlos Gallardo

Sinopis : Dalam bandar yang dipenuhi dengan zombie, pasukan tentera khas telah ditugaskan dalam misi hidup mati mereka untuk menyelamatkan saintis yang berusaha mencari penawar kepada penduduk bandar itu.

Artikel SebelumnyaBocor? Senarai Pemenang Anugerah Grammy 2019 Sudah Diketahui
Artikel SeterusnyaAktor Bollywood Rahul Dixit Mati Bunuh Diri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress