Semalam HANGAT ada memaparkan isu pergaduhan antara pembantu peribadi Nur Sajat dan pekerja farmasi di khalayak ramai sehinggakan laporan telahpu dibuat. Difahamkan mangsa merupakan seorang perunding kecantikan di sebuah Farmasi di pusat beli belah terkemuka di KLCC.

Perkara ini turut mendapat perhatian selebriti Caprice yang sebelum ini memang rajin memberikan pandangan terhadap isu semasa.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Caprice berkata, isu sebegitu tidak sepatutnya disensasikan oleh orang ramai. Malah pergaduhan antara dua lelaki bukanlah perkara baru dalam Malaysia.

“Relaks Malaysia, dua lelaki dewasa bergaduh di sosial media bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia” katanya.

Betul apa yang dikatakan oleh Caprice itu, daripada berdebat mengenai isu ini, lebih baik kita sensasikan isu yang lebih penting.

BACA  Rakan Artis Sokong Fizz Fairuz Bersemuka Dengan 'Makcik Puaka'