Semalam, penyanyi Azlinda Rafar atau lebih dikenali sebagai Linda Rafar telah mengadakan satu sidang media khas dimana antara tujuan sidang media tersebut adalah menuntut lebih dari 100 individu pengguna laman sosial membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan sebelum pihaknya mengambil keputusan untuk memfailkan saman.

IKLAN

Mahu Pertahankan Hak Ibu

Dalam sidang media yang sama, Linda ketika ditemui Hangat.com menjelaskan antara sebab dia kemukakan tuntutan tersebut adalah bagi menuntut hak Allahyarhamah ibu nya, Rasimah Abd Rahman serta membersihkan nama baik keluarga.

Menurut Linda, sebelum ini dia dan adik beradiknya yang lain telah berbincang untuk selesaikan dengan cara baik. Namun, selepas kematian ibu, pihak-pihak tersebut masih terus mengecam mereka sekeluarga sehingga menjatuhkan reputasi nama dan perniagaan masing-masing.

“Sebenarnya saya dan adik-beradik ada berbincang sebelum mak meninggal untuk selesaikan cara yang baik. Tetapi selepas mak meninggal pada 11 Januari lalu,perkara ini semakin teruk sehingga ada yang memalukan kami. Oleh itu atas sokongan adik beradik dan nasihat peguam, saya teruskan notis tuntutan ini”

Linda Sebak Terdapat Pihak Cuba Kecam Keluarga

Bagaimanapun, Linda dalam masa yang sama turut berasa bertuah kerana berkesempatan untuk menjaga ibunya sehingga ke akhir hayatnya. Namun begitu, penyanyi ini gagal menahan perasaan hibanya apabila terdapat pihak yang cuba mengecam tindakannya yang kononnya sengaja mencari publisiti atas keadaan ibunya sebelum ini.

“Bagi saya ini adalah hak seorang emak.Saya cuma ingin mempertahankan satu-satunya emak saya. Saya percaya doa yang mustajab dan syurga itu berada di bawah telapak kaki seorang emak. Ketika itu saya fikir, kalau apa-apa jadi dekat mak, saya dah tak ada semua itu. Jadi ini adalah masanya untuk saya tolong dan balas jasa mak”

Jelas Linda ketika isu ini sedang tular, arwah ibunya sedia maklum mengenainya dan tahu bahawa anaknya itu seorang yang kuat selain mendoakan yang terbaik buatnya.

Malah kata-kata terakhir ibunya, dia sempat berpesan kepada Linda agar terus bersabar dan merasa layanan yang diberi kepadanya tidak perlu kerana bakti anak kesayangannya itu sudah cukup mengubati segala-galanya.

” Masa Linda call ambulans, mak tengok Linda dan Linda sempat cium dan mengajar mengucap. Dalam ambulans pula, mak sudah tak sedarkan diri dan iringa Linda ke ambulans seolah-olah macam mengiringinya pergi. Sehinggalah di hospital, doktor cakap mak awak dah tak ada apa-apa respons dan mungkin boleh panggil adik-beradik yang lain untuk bacakan Yasin”

Linda turut berasa bertuah kerana selama hayat ibunya, rumah menjadi saksi dimana Linda berpeluang menjaga ibunya selain turut menjadi persinggahan terakhir sebelum pergi buat selama-lamanya. Semoga Linda akan terus tabah dan kebenaran akan terbukti kelak. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarhamah ibu Linda, Rasimah Abd Rahman ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah!

BACA  Bakal Saman! Linda Rafar Tuntut 100 Orang Buat Permohonan Maaf