Baru sahaja reda isu membabitkan pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah, terbaru kedua-dua mereka dikatakan sudah bernikah apabila terdapat  akaun di laman Instagram yang dikenali sebagai @makcikpuaka dan @memespuaka mendedahkan mengenai status hubungan mereka. Terdahulu, kedua-dua mereka dikatakan sedang hangat bercinta apabila sering kali dilihat bersama .

Netizen Dedah Syed Abdullah Tunjuk Gambar Nikah

Menerusi laman Instagram nya, penguna itu telah memuat naik beberapa suntingan perbualan diantara netizen dimana isi kandungan perbualan tersebut mengatakan bahawa Emma dan Syed sudah bernikah.

Dedah akaun itu lagi,Syed telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepada beberapa orang netizen. Pendedahan itu dibuat kononnya mereka berasa bersalah mendiamkan hal tersebut kerana melibatkan isu fitnah ke atas Emma dan Syed.

BACA  [VIDEO] Lihat Kompilasi Gambar Lama Emma Maembong Yang Dikongsi Kakaknya

Syed Saddiq Tegur Netizen 

Dalam perkembangan lain, abang kepada Syed yang juga Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq turut dihujani pelbagai komen yang dikaitkan dengan abangnya di Instagram. Tegas Syed Saddiq, meskipun isu tersebut hangat diperkatakan Syed masih abangnya dan dia tidak perlu mendedahkan perkara melibatkan teguran atau perbincangan di antara keluarga kepada umum.

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga. He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,”

Sehingga kini dakwaan berkaitan Emma dan Syed sudah bernikah tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, kedua-dua mereka memohon maaf secara terbuka selepas tularnya gambar mereka berdua di media sosial dimana turut memperlihatkan pelakon itu membuka hijabnya. Meskipun begitu, Emma menafikan gambar seorang gadis berseluar pendek bergambar bersama Syed adalah dirinya.

BACA  Terbaru! Emma Maembong Akhirnya Muat Naik Gambar 'Free Hair' di Instagram