Ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi Linda Rafar pada tahun lalu telah melancarkan single terbaharunya berjudul Satu Lagi yang didekasi buat Allahyarham anak keduanya, Rezaimin Kifli atau lebih dikenali sebagai Memen yang kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2014 akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

Dedikasi Lagu Buat Arwah Ibu & Anak 

Terbaharu, Linda menerusi Instagram nya sekali lagi memuat naik lagu berkenaan bersama-sama video sekitar majlis sidang media yang diadakannya baru-baru ini. Ketika dihubungi Hangat.com, penyanyi yang juga isteri kepada pelakon Syed Aiman itu berkata lagunya kini ditujukan bukan sahaja buat arwah anaknya, malah turut ditujukan buat Allahyarhamah ibunya, Rasimah Abd Rahman yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Sebelum ini, jelas Linda lagu ciptaa KRU ini bersifat universal untuk didengari oleh semua golongan terutamanya buat mereka yang pernah merasai kehilangan orang tersayang.

BACA  Ameer Forteen Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan

Individu Dikenalpasti Mula Mohon Maaf 

Dalam perkembangan lain, menerusi sidang media yang diadakan pihak Linda menuntut lebih dari 100 individu yang mengaibkan dirinya dan keluarga sebelum ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan selanjutnya (saman) akan diambil. Sejurus selepas sidang media itu, juga menerusi Instagram nya Linda menerima banyak mesej secara peribadi yang ingin memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi penyanyi itu sebelum itu.

View this post on Instagram

Al-fatihah mak🤲🏻 Alhamdulillah… Allah tidak tidur🌹 Hari ini ramai dm linda untuk menyatakan hasrat mereka memohon maaf. Untuk mempermudahkan urusan semua pihak. Linda buat posting ni untuk mereka yg nak komen maaf. Anda boleh komen seperti berikut. " saya nak minta maaf kerana sewenang-wenangnya dan tanpa bukti membuat komen/ posting/ story/ status/twit berbunyi ……………. pada …………… dan saya mengaku bahawa linda tiada membuat sbrg kesalahan terhadap saya. Saya berjanji tidak akan membuat sbrg spekulasi dan komen komen lagi yang menjatuhkan reputasi beliau dan keluarga beliau" Insyaallah saya akan rujuk peguam dan membuat langkah selanjutnya selepas menerima permohonan maaf tersebut.. @nha_lawfirm @hafidzahhassan 👈🏻

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Memudahkan bagi pihak peguam Linda mengenalpasti individu-individu yang terlibat, penyanyi itu turut membuat satu posting terbaharu untuk mereka memohon maaf.

BACA  Respon Zul Ariffin Atas Dakwaan Berkahwin Dengan Gadis Ukraine

Hasil carian kami juga mendapati posting tersebut kini dibanjiri dengan komen serta permohonan maaf daripada mereka. Barangkali, kebenaran berpihak kepada Linda dan sama-sama kita doakan yang terbaik buat Linda dan keluarga!