Pemergiaan bintang dari Indonesia, Saphira Indah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana selain tak memiliki riwayat penyakit, Saphira Indah meninggal dunia ketika sedang mengandung bayi berusia enam bulan.

Rico Hidros Daeng, suami Saphira Indah, mendedahkan isterinya sempat dilarikan ke hospital kerana mengalami masalah dengan pernafasan.

Kerana sesak nafas tersebut, suaminya memberitahu, Saphira Indah juga menjalani rawatan di Rumah Sakit Pelabuhan. Menurut pemeriksaan doktor, Saphira Indah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru. Dia sempat mendapatkan perawatan intensif sebelum dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Saat ini, jenazah Saphira Indah sedang dimandikan dan akan dimakamkan tak jauh dari rumah duka.

Arwah pernah muncul menjadi pelakon dalam filem Eiffel… I’m in Love (2003) dan Eiffel… I’m in Love 2 (2018). Dalam Eiffel… I’m in Love dan Eiffel… I’m in Love 2 Saphira memegang watak sebagai Uni.

Ucapan duka juga datang dari penyanyi Ayu Ting Ting. Ia dan suami mendiang diketahui bekerja bersama dalam perniagaan pusat karaoke. Dia juga sempat membintangi sinetron TV. Beberapa diantaranya adalah Aku Ingin Hidup (2004), Tendangan Si Madun (2012), Ganteng Ganteng Serigala (2015) dan Sinema Pintu Taubat (2016).