Dua tahun lalu perkahwinan Puteri Johor,Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah boleh dikatakan sebagai ‘Wedding of The Year’. Lensa media dalam dan luar negara juga tertumpu pada perkahwinan diraja ini.

IKLAN

Khabar Angin Tunku Aminah Mahu Bercerai Tersebar 

Namun begitu, sejak semalam tersebar khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan diraja itu kini berantakan. Segalanya berpunca apabila terdapat sebuah akaun di Facebook menyiarkan artikel dimana Tunku Aminah berhasrat untuk mengakhiri hubungannya bersama Dennis.

Keluarga Diraja Johor Kecewa, Nafi Khabar Angin Yang Tersebar 

Bagaimanapun keluarga diraja Johor menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Media Diraja Johor di Facebook menafikan dakwaan tersebut. Malah Tunku Aminah sendiri telah menyuarakan rasa kurang senang terhadap khabar angin mengenai rumah tangganya yang disiarkan di media sosial.

“Saya dan suami berbahagia, bertentangan dengan apa yang dikatakan menerusi khabar angin. Saya juga tidak menyokong mana-mana produk seperti yang ditulis oleh pihak tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk meraih perhatian,”

Dalam artikel palsu itu, Tunku Aminah turut menafikan terlibat secara langsung dalam urusan perniagaan membabitkan produk penjagaan kulit dan pelangsingan badan.

BACA  Ramai Yang Tidak Puas Hati Ahmad Idham Dilantik Sebagai CEO FINAS?

Puteri tunggal Sultan Johor  itu telah mendirikan rumah tangga dengan Dennis Verbaas  seorang warganegara Belanda pada 14 Ogos 2017. Dennis telah memeluk islam pada 31 Mei 2015 dengan nama islamnya kini Dennis Muhammad Abdullah.