Anugerah Grammy 2019 bakal berlangsung pada 10 Februari depan di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat. Rata-rata peminat sudah mula teruja untuk mengetahui adakah penyanyi kegemaran mereka bakal memenangi salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam acara tersebut.

IKLAN

Keputusan Anugerah Grammy 2019 Tersebar

Biarpun belum berlangsung, di media sosial tular mengenai keputusan pemenang-pemenang Anugerah Grammy 2019 yang disebarkan oleh seorang pengguna Twitter.

Dedah pengguna itu, keputusan yang bocor itu menyaksikan beberapa nama besar seperti Taylor Swift merangkul anugerah Album Pop Terbaik bagi album Reputation manakala penyanyi rap, Cardi B memenangi kategori Rekod Terbaik menerusi lagu I Like It dan lagu Shallow nyanyian Lady Gaga pula menerima trofi Lagu Terbaik.

BACA  Wow! Jam Tangan Alif Satar Ini Berharga Ratusan Ribu?

Sekadar Berita PalsuΒ 

Mekskipun begitu, pihak penganjur menafikan bahawa keputusan senarai pemenang acara itu telah ‘bocor dan mendakwa ianya sekadar berita palsu.

Bagaimanapun, pengguna tersebut telah menyahaktifkan akaun Twitter nya dan pihak penganjur bakal menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut dan akan bawa ke muka pengadilan. Adakah keputusan pada 10 Februari kelak sama seperti yang tersebar? Sama-sama kita nantikan!