Bintang filem terkenal di Indonesia, Saphira Indah meninggal dunia saat sedang hamil 6 bulan. Saat ini jenazah disemadikan di kediaman orangtua di Tanjung Priuk dan akan dimakamkan pada hari ini, Khamis (31/1).

IKLAN

Selain berlakon filem, wajahnya juga menghiasi sebuah iklan Ais Krim Nusantara yang viral. Iklan tersebut sampai masuk ke berbagai media online antarabangsa misalnya 9gag.

Di iklan tersebut, Saphira berlakon dengan Afdhal Yusman yang memegang watak sebagai Raja Nusa dan Saphira  berperanan sebagai Ratu Tara.

BACA  Seluar Pendek Nampak Bentuk Kemaluan? Ini Komen Idris Khan

Hamil 6 Bulan

Sememangnya sejak kebelakangan ini, Saphira kerap memuatnaik foto dirinya yang tengah berbadan dua. Khabar tersebut semakin jelas selepas dia memuatnaik video dia melakukan imbasan ultrabunyi (atau imbasan ultrasound) semasa minggu-minggu awal kehamilannya.

“Alhamdulillah ya Allah..Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada didlm perut ku, dan sehatkanlah selalu . Amiinn”

Kala itu, Saphira sangat bersyukur melihat buah hatinya yang masih di dalam kandungan. Namun dua bulan berselang, Saphira Indah mengakhiri kehidupan bersama buah hatinya dalam kandungan. Dalam posting yang lain di Instagram, Saphira ada berkongsi kegembiraannya untuk bergelar menjadi ibu. Namun hajatnya untuk melahirkan anak sulung tidak kesampaian.

“Kegembiraan seorang ibu bermula ketika kehidupan baru sedang dimulai “di dalam” … ketika detak jantung kecil terdengar untuk pertama kalinya, dan tendangan lucu mengingatkannya bahawa dia tidak pernah sendirian.”

Sedih pula baca perkongsiannya ini. Takziah buat keluarga arwah, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

Artikel SebelumnyaTunku Aminah Nafi Mahu Bercerai! Istana Johor Keluar Kenyataan
Artikel SeterusnyaBocor? Senarai Pemenang Anugerah Grammy 2019 Sudah Diketahui
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.