Artis cantik Saphira Indah telah dikebumikan ‎di Jakarta Utara, Khamis (31/1/2019). Namun ketika pengebumian Saphira Indah, ada hal yang tak biasa dilakukan oleh pihak keluarga.

Setelah diazankan dan diiqamatkan, jenazah Saphira Indah langsung dikebumikan. Saat itulah, pihak keluarga memasukan daster atau baju tidur berwarna merah yang dikombinasi dengan warna kuning.

DIpetik dari Liputan6, Tak hanya itu, keluarga juga memasukan biji-bijian atau kacang ke dalam liang lahad. Saat ditanya tentang maksud dan tujuannya melakukan hal itu, begini jawapan Rico Hidros Daeng, suami Saphira Indah.

“Oh tadi ada baju tidur. Itu permintaan keluarga,” kata Rico Hidros selepas proses pengebumian di Jakarta Utara, Khamis (31/1/2019).

Saat ditanya lagi, suaminya menjawab tidak ada maksud tertentu di sebalik semua itu. Memasukkan baju tidur dan biji-bijian dalam pengebumian Saphira Indah merupakan keinginan pihak keluarga.

“Oh tak ada apa-apa, cuma itu permintaan dari keluarga saja,” kata Ai.

Sesak Nafas

Seperti ‎diketahui Saphira Indah meninggal dunia akibat sesak nafas, Rabu (30/1/2019) malam sekitar pukul 9 malam. Saphira Indah meninggal dunia bersama bayi yang dikandungnya yang baru berusia 6 bulan.

BACA  Posting IG Terakhir Saphira Indah Tentang Anak Dalam Kandungan Menyentuh Hati