Menerusi laman Instagram Jihan Muse yang merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara telah memuatnaik beberapa foto penampilan terbaharu dan ia telah menarik perhatian netizen.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung namun tidak dijelaskan perubahan tersebut.

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji kecantikan Jihan memakai tudung dan mendoakan agar pengacara program ‘Bintang Minggu Ini’ itu untuk terus istiqamah dengan penampilan tersebut.

Melihat foto-foto yang dimuatnaik, Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya yang juga pelakon Ungku Hariz dan anak lelaki mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.

BACA  Natasha Hudson Sah Bercerai Buat Kali Ketiga

Untuk makluman pembaca Hangat.com, Jihan dan Ungku Hariz Faizal berkahwin pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama yang kini berusia setahun. Hangat.com mendoakan agar perubahan pada Jihan akan berkekalan sehingga bila-bila dan Jihan bahagia disamping keluarga yang tersayang, in shaa Allah.

Artikel SebelumnyaPenantian Selepas 4 Tahun, Kini Sarimah Ibrahim Sekeluarga Bersyukur
Artikel SeterusnyaZahirah Macwilson Bawa Aiman Hakim Ke Perth Untuk Dapat Restu?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"