Hubungan pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dikatakan antara yang paling manis ketika ini sejak mengumumkan mereka sedang hangat bercinta baru-baru ini.

Bukan sahaja mendapat restu daripada peminat serta ibunya, Zahirah memberikan ‘bayangan’ bahawa bapanya, Zainol Macwilson juga sudah merestui percintaannya itu.

Memuatnaik foto bersama bapa tercinta di laman Instagram dengan kapsyen tentang hubungan akrab mereka anak-beranak dan betapa beliau menyayangi bapanya, Aiman juga dilihat meninggalkan komen pada foto tersebut.

Membalas komen cinta hatinya itu, Zahirah bertanya mungkin selepas ini Aiman mahu berjumpa dengan ibunya yang menetap di Perth, Australia.

Rasanya semua pembaca Hangat.com mengetahui, bukan mudah untuk bapa Zahirah memberikan ‘green light’ kepada lelaki yang bercinta dengan anak perempuan kesayangannya itu.

Biasalah, seorang bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun, Aiman cukup bertuah dan semoga segalanya dipermudahkan serta ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

BACA  [GAMBAR] Shawn Mendes Hanya Memakai Brief Boxer Buat Peminat 'Cair'

Untuk pengetahuan pembaca Hangat.com, ibu kandung Zahirah iaitu Maslinda Yusof kini menetap di Perth, Australia bersama suami barunya selepas bercerai. Hangat.com mendoakan agar perhubungan Zahiran serta Aiman berkekalan hingga ke Jannah, aamiin.