Hubungan percintaan antara dua pelakon, Aiman Hakim Ridza serta Zahirah Macwilson nampaknya semakin memasuki fasa serius.

IKLAN

Bersempena hari lahir Zahirah yang disambut pada 1 Februari lalu, Aiman membawa aktres berdarah kacukan itu untuk merasai pengalaman menaiki belon udara panas di Laos.

Aiman berkongsi perkara terbabit bersama beberapa keping foto di laman Instagram miliknya.

“When fine dining and cake became too boring. Happiest 24th birthday @zahirahmacwilson,” tulis Aiman.

Zahirah turut memuat naik beberapa foto di laman Instagram dan menganggap Aiman sebagai hadiah hari kelahirannya.

“Thank you love. Thank you for showing me the finer things in life & for being all I could ever ask for.

“Best birthday ever, and you are the gift. I pray that this year is our year,” tulis Zahirah.

Semenjak pasangan itu memberitahu mengenai hubungan cinta itu pada penghujung tahun lalu, mereka kini lebih terbuka berkongsi foto mesra di laman sosial masing-masing. Malah, hubungan mereka juga bukan sahaja mendapat restu daripanda peminat, malah kedua ibu bapa Zahirah. Ramai peminat menganggap mereka aebagai pasangan yang sama cantik sama padan.

BACA  Nabil Ahmad Jawab Isu Video Isteri Berkemban Yang Tersebar

Hangat.com mendoakan agar perhubungan Zahirah dan Aiman akan ke jinjang pelamin. In shaa Allah, aamiin.