Nampaknya semalam dan harini, memang ramai rakyat Malaysia yang membuat status berkenaan #AJL33 atau Anugerah Juara Lagu ke-33. Ada netizen gembira, ada yang tak berpuas hati dengan keputusan juri pada kali ini dan berbagai lagi lah ragam yang mencuit hati dalam media sosial.

Tak ketinggalan juga status dan tweet dari kalangan selebriti tanah air. Juara AJL ke 21, Adibah Noor juga menyaksikan anugerah berprestij ini dan berkongsi rahsia di sebalik keputusan juri.

Dalam tweetnya yang dikeluarkan semalam, Adibah mendedahkan bahawa keputusan siapa yang menjadi juara sudah di putuskan sebelum acara ini berlangsung semalam.

Jadi, tak perlulah kita mempertikaikan anugerah malam tadi. Walaubagaimanapun, dalam tweet yang berbeza, Adibah meramalkan Siti Nordiana dan Jaclyn Victor sepatutnya layak merangkul Anugerah Vokal terbaik, manakala Syamel sebagai persembahan terbaik dengan lagu Kau Pun Sama.

BACA  Sultan Ahmad Shah Mangkat! 3 Selebriti Ini Titip Ucapan Takziah

Apa-apa pun ramai yang berpuas hati denga lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33  yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. Berikut keputusan.

Naib juara jatuh kepada lagu Bunga dendangan Ara Johari manakala tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar. Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu.

BACA  Bekas Isteri Chef Fikree Nafi Sebar Gambar Lucah Chef Selebriti