Selepas Anugerah Juara Lagu ke-33 melabuhkan tirai, banyak isu yang dibangkitkan mengenai setiap persembahan finalis. Antaranya yang menjadi perbincangan hangat adalah persembahan Sufian Suhaimi menyanyikan lagu Dimatamu.

Rata-rata netizen membandingkan pelamin Elfira dan tema pentas Sufian pada malam tersebut. Mungkin kebetulan atau disengajakan, memang ramai yang perasan keseluruhan konsep sangat dekat dengan suasana Majlis Pernikahan Elfira Loi dan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari yang lalu.

Foto: The Calla

Mungkin ramai yang nak tahu, siapakah perancang konsep pentas dengan props pelamin di belakang tabir termasuklah chandelier atas kepala Sufian tu ya?

Ke semua props yang cantik ini di buat oleh The Calla Events. Untuk pengetahuan anda,  mereka sebelum ini pernah menghasilkan pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair yang menelan belanja kira-kira RM70,000. Ingat tak?

Pelamin Yuna menjadi viral, secara tidak langsung pihak The Calla Events menjadi popular dan menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Khidmatnya pernah digunakan dalam perkahwinan Anzalna, Siti Saleha dan majlis baby shower Amyra Rosli.

BACA  Tahniah! Sufian Suhaimi Kini Salah Seorang Pemegang Malaysia Book Of Records

Apapun tahniah diucapkan kepada Sufian yang menang dalam kategori Persembahan Terbaik.