Usahawan dan personaliti popular Nur Sajat akhirnya memutuskan untuk mencipta akaun peribadi Instagramnya yang terbaru selepas akaun lamanya telah di nyahaktif oleh Instagram.

Terdahulu seorang pengguna di media sosial mendedahkan akaun Instagram Sajat telah dipadam oleh platform sosial media itu selepas mendapat laporan daripada pengguna lain yang mengadu mengenai akaunnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bobo Di Mana itu mula menggunakan akaun instagram terbaru itu sejak semalam 4 Januari lalu.

“Morning! mesti ramai rindu sajat..sajat masih lagi ada Di hati anda sayang… terima lah video buat anda semua..bersama product2 saya, Terubat rindu uols semua, officials from perempuan fuhhh nursajat” -tulisnya di video pertama di naikkan di Instagramnya.

Akaun yang menggunakan nama @nursajadiah itu sehingga kini memuatkan 1 keping foto dan video dengan jumlah pengikut 17 ribu orang kurang dari 24 jam.

BACA  "Wait & See"- Nur Sajat Lantik Siti Kasim Sebagai Peguam Bela