Sejak beberapa minggu ini, makin HANGAT pula isu membabitkan pelakon terkenal, Emma Maembong sehinggakan pengarah terkenal, Michael Ang turut mengulas mengenai isu terbabit apatah lagi Emma pernah menjadi bekerja dengan syarikat produksinya.

Sebelum ini, Michael Ang pernah mengulas isu tudung on dan off seseorang individu namun kini netizen ingin mendengar kata pengarah ini mengenai Emma pula.

Menurut Michael Ang, yang penting Emma memberitahu kepada orang ramai bahawa dia tidak mahu bertudung kerana tak bersedia.

” Sebenarnya kalau sesetengah orang tu tak bersedia untuk tak bertudung, biarlah dia tak bertudung!  sekurang-kurangnya dia (Emma) memaklumkan kepada semua orang, daripada sesetengah wanita yang dah lama pakai tudung tapi sebenarnya tak nak bertudung. Itu Munafik namanya. Yang penting hati kena bersih”- katanya dalam video yang dimuatnaik di Instagram.

Dalam perkembangan lain,  seperti yang dilaporkan oleh BH Online, keputusan untuk Emma tidak bertudung adalah bukan keputusan yang tergesa-gesa dan sudah lama difikirkan. Dia juga sudah bersedia sekiranya ada peminat memboikot drama lakonannya selepas kecewa dengan keputusan ini.

BACA  Chacha Maembong Jawab Persoalan Status Perkahwinan Emma Maembong?
Artikel SebelumnyaTerbaru! Emma Maembong Akhirnya Muat Naik Gambar ‘Free Hair’ di Instagram
Artikel SeterusnyaSebijik Macam Bruce Lee! 10 Gambar Abbas Alizada, Model Dari Afghanistan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.