Sejak akhir-akhir ini, sama ada di Indonesia mahupun Malaysia, kita dikejutkan dengan beberapa berita tentang artis yang membuka tudungnya, antara yang menjadi perhatian ramai adalah Nikita Mirzani dari Indonesia dan terbaru isu Emma Maembong pula membuka tudungnya.

IKLAN

Berbicara mengenai isu ini, penyanyi dan pengacara Heliza Helmi juga teman rapat kepada Emma turut terpanggil untuk mengulas mengenai isu. Heliza memuatnaik gambar dia bersama Emma di IG Storiesnya dengan kapsyen ini;

BACA  [VIDEO] Lihat Kompilasi Gambar Lama Emma Maembong Yang Dikongsi Kakaknya

“Hatinya sangat baik, nak jadi baik, kita pun nak jadi baik, maka kita semua kena doa baik-baik, sebut perkara baik baik, komen baik baik, mudah mudahan perkara baik baik juga kita akan dapat. Aminn..”

Dalam keterangan di foto itu, Heliza menasihati netizen supaya tidak mudah untuk terus menghentam ataupun artis yang membuka tudung kerana kita tidak mengetahui apakah yang mereka lalui sebelum ini. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka.