Justin Bieber dan Hailey Baldwin (yang kini telah menggunakan nama Hailey Bieber), baru saja menjalani sesi fotografi eksklusif untuk cover terbaru Vogue. Tak hanya berpose di depan kamera, pasangan ini juga membicarakan hal-hal mengenai kehidupan peribadi dalam sebuah wawancara untuk majalah itu.

Dalam wawancara ini, Justin Bieber membuat sebuah pengakuan yang mengejutkan peminatnya.

Dia mendedahkan bahawa sebelum kembali menjalin hubungan dengan Hailey pada Jun tahun lalu, pelantun “Never Say Never” ini telah puasa seks dalam sekitar setahun.

Dipetik dari artikel Vogue,Β  dia mengaku sempat mengalami “masalah seksual yang dianggap serius”. Justin mengaku bahawa pernah merasakan hubungan seks seperti tak lagi memberinya kepuasan.

BACA  Bernilai RM34.5 Juta, Beginilah Rumah Justin Bieber & Hailey Baldwin

Justin lantas memutuskan untuk puasa seks agar boleh kembali merasa dekat dengan Tuhan. Dia menambah bahawa kadang-kadang seseorang melakukan hubungan seks kerana merasa diri mereka kurang bernilai.

“Perempuan melakukannya dan lelaki melakukannya. Aku ingin kembali mendedikasikan diriku kepada Tuhan dengan cara ini kerana aku fikir ini lebih baik untuk jiwaku,” katanya.

Justin lantas memuji Hailey, yang menurutnya sebagai balasan dari Tuhan atas perilakunya ini.

Justin mengakui, salah satu keputusannya untuk segera bernikah dengan Hailey adalah kerana mahu kembali melakukan hubungan seks. Namun, itu bukan satu-satunya alasan.