Pelakon Reen Rahim yang dikatakan sedang bercuti di Pulau Langkawi telah memuat naik beberapa gambarnya dalam percutian itu. Di foto tersebut, Reen terlihat cantik dan seksi mengenakan dress pendek berwarna biru.

Kulit Reen yang putih tampak bersinar manakala rambutnya yang panjang terurai dan membuat pelakon dramaPujaan Hati Kanda terlihat anggun dan matang.

Walaubagaimanapun, kesemua foto yang di muatnaik di instagramnya hanya boleh dilihat saja kerana Reen telah menutup ruangan komen. Dipetik dari Harian Metro, Reen menutup ruangan komen kerana malas nak layan komen yang tidak sepatutnya.

“Lebih baik saya tutup saja ruangan komen. Jika ada yang mahu berkata perkara tidak elok, biarkanlah mereka. Saya muat naik gambar ini di IG untuk berkongsi dengan peminat. Bukannya untuk dijadikan bahan mengata sesetengah pihak,” katanya.

View this post on Instagram

🗯

A post shared by REEN RAHIM (@reenrahim) on

Kesian pula HANGAT tengok netizen tak dapat nak membawang dengan gambar-gambar ini. Tak mengapa, makcik-makcik bawang boleh kumpul dosa dekat akaun IG artis yang lain. Sabar ya!

BACA  Buka Warung Tepi Jalan, Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang
Artikel Sebelumnya4 Bekas Pembaca Berita Yang Merupakan Isteri VVIP. Ada Yang Bergelar Puan Sri
Artikel SeterusnyaGambar Kemesraan Sufian Suhaimi Bersama Wanita Misteri Tersebar!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.