Persembahan Siti Sarah di Anugerah Juara Lagu ke 33 baru-baru ini mendapat maklum balas yang berbeza. Ada netizen berpendapat penyanyi berbakat ini dilihat trying so hard disebabkan sedikit perubahan pada arrangement lagu.

IKLAN

Sarah yang membawakan lagu ‘Semakin’ memberitahu dia telah berusaha melakukan yang terbaik dari setiap sudut.

View this post on Instagram

Assalammualaikum salam jumaat semua..Maaf dah berapa hari Sarah tak post ape2 selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan…Firstly Sarah nak ucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan pd Sarah dan Lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.. Terharu sgt sbb ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL..Sarah dan team telah pon cuba utk buat yg terbaik,dr semua aspek,,,Tp nasib tak berapa baik,mlm final Sarah tak sihat,tekak jadi perit(mgkn over practice) dan ramai yg cakap mlm tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit jerit sbb Sarah cuba utk buat yg terbaik walaupon dlm keadaan yg tak sihat…Tentang arrengement Sarah dan management telah pon decide sejak awal lagi utk new arrengement dan mgkn ini kesilapan dr pihak kami sbb ramai yg suka arrengement asal 😊…Tp niat hanya satu utk memberikan yg terbaik utk semua… Insyaallah jika ada peluang lagi di AJL sarah dan team akan perbaiki lagi… skrg Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat utk smbung balik aktiviti Sarah… Ucapan terima kasih management Sarah @indigitalmusic ,Team yg terlibat , @hearty.sarah yg sentiasa support Sarah walau dlm ape keadaan pon,, pd daddy @shuibsepahtu yg sentiasa ada utk ibu,keluarga dan peminat2 SARAH.. Ini adalah version sehari sebelum Live ,,, AJL IS THE BEST MOMENT SELAMA SARAH BERADA DLM INDUSTRI.. TAHNIAH PD SEMUA PEMENANG … 😊😊😊

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

“Sarah dan team telah cuba untuk buat yang terbaik tapi nasib tak berapa baik. Malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit (mungkin over practice) dan ramai yang cakap malam tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit”, katanya di Instagram.

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib ini memaklumkan gubahan semula lagu telah diputuskan sejak awal lagi.

“Mungkin ini kesilapan daripada pihak kami sebab ramai yang suka arrangement asal. Tapi niat hanya satu untuk berikan yang terbaik untuk semua.

“In syaa Allah jika ada peluang lagi di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi,” katanya memohon maaf.

Sementara itu, Sarah turut mengucapkan terima kasih buat pihak pengurusan, Indigital Music dan kelab penyokongnya, Hearty Sarah atas sokongan pada di AJL, Ahad lalu. Sarah turut memuatnaik rakaman video yang memaparkan dirinya ketika sesi raptai sehari sebelum bersiaran langsung.

BACA  Rita Rudaini Gembira Kucing Kesayangan Akhirnya Ditemui!

Hangat.com ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Sarah kerana sampai ke peringkat finale AJL, semoga Siti Sarah terus menyanyi lagu-lagu yang menujuk jiwa raga kepada setiap telinga yang mendengar dan jangan pernah rasa gagal!