Pelakon Anzalna Nasir mengakui enggan menerima ulasan berbayar untuk produk hamil di Instagram.

IKLAN

Katanya di Instagram, Anzalna tidak mahu menipu pengikutnya untuk membeli produk yang sebenarnya tidak digunakan.

โ€œReaksi bila orang suruh review produk hamil yang kita tak guna. Duit mahu, menipu tak mahu,โ€ tulisnya di Instagram.

Bakal ibu jelita ini juga berterima kasih kepada penjual produk yang menawarkan tawaran wang kepadanya. Memetik temubual bersama salah sebuah portal hiburan, Anzalna menganggap dia tidak mahu memperdaya pengguna.

โ€œSeharusnya dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Bukan sebab duit sahaja. Bukan apa, saya kesian tengok orang cepat terpedaya,โ€ katanya yang kini hamil empat bulan.

Hangat.com tak sabar nak tengok baby Anzalna, mesti comel dan cerdik. Hangat.com mendoakan agar segala urusan untuk Anzalna dipermudahkan, in shaa Allah.

BACA  Senilai Harga Kereta Mewah! 5 Koleksi Barang Kemas Berjenama Milik Luna Maya