Menerusi laman Instagram, penyanyi Sufian Suhaimi baru-baru ini telah berkongsi berita gembira dengan memuatnaik sekeping foto dirinya bersama sekuntum bunga ros sebagai tanda penghargaan kepada pengikut yang selama ini memberi sokongan kepadanya.

Ini kerana laman Instagram milik pelantun lagu ‘Di Matamu’ itu mencatat rekod baharu apabila pengikutnya kini sudah mencecah seramai 1 juta.

“1M followers appreciation post (Posting penghargaan 1 juta pengikut)”

Sufian juga turut berharap agar platform media sosial itu dapat menjadi pengikat silaturahim antara dirinya dan peminat dengan lebih baik.

BACA  Zahirah Macwilson Bawa Aiman Hakim Ke Perth Untuk Dapat Restu?

“Selamat datang kepada pengikut baharu. Semoga kita dapat merapatkan ukhuwah dan sentiasa menggunakan perkataan yang baik-baik di ruangan komen,” tambah Sufian lagi.

Peningkatan jumlah pengikut Sufian dipercayai ekoran kemenangannya merangkul Persembahan Terbaik menerusi lagu ‘Di Matamu’ pada Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung 3 Februari lalu. Bahkan, video rakaman persembahannya pada malam itu juga mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan dalam tempoh lima hari sahaja selepas dimuat naik di YouTube.

Tetapi ada juga netizen yang menganggap pengikut Sufian naik secara mendadak kerana kontroversi Sufian bersama dengan perempuan misteri baru-baru ini? Ini disebabkan video serta gambar yang menampakkan aksi Sufian bersama wanita tersebut rapat menjadi viral. Hangat.com berharap agar Sufian terus tabah dan cekal dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

BACA  Gambar 'Panas' Tersebar ! Angkara Bekas Teman Lelaki Cinta Laura?