“Berkhemah..berkhemah..berkhemal bersama Si Nopal
Si Nopal..Si Nopal..anaknya Bahenol..
Bahenol! Bahenol! Bahenol!..”

Sejak beberapa minggu yang lalu, tular di media sosial mengenai karakter animasi dari negara seberang, Si Nopal yang menjadi sebutan ramai. Semuanya bermula apabila suara comel watak Si Nopal menjadi ikutan ramai termasuk selebriti popular tanah air.

View this post on Instagram

#animasinopal

A post shared by animasinopal (@si_nopal) on

Tersirat Mesej

Sebut sahaja Bahenol, pasti suara Si Nopal akan terngiang-ngiang di fikiran. Bukan sekadar animasi lucu, sebaliknya setiap penceritaan animasi ini punyai mesej nya yang tersirat. Tidak hairanlah Instagram Si Nopal ini kini mencecah 1 juta pengikut di serata dunia terutamanya bagi negara Asia!

BACA  Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Animasi Adik – Beradik

Di sebalik dua karakter Si Nopal dan adiknya yang digelar sebagai Cute Girl, siapa sangka terdirinya individu-indidivu yang masih remaja yang juga adik-beradik!

Pemilik suara Si Nopal tersebut adalah Nadiah Rifatummumtaz, seorang remaja perempuan yang berasal dari Bogor, Indonesia manakala animasi tersebut telah dihasilkan oleh abangnya, Naufal Faridurrazak.

Sehingga kini penangan animasi tersebut membuatkan ramai artis turut membuat video parodi termasuklah dari Jihan Muse dan Wany Hasrita yang cukup lucu!

SUMBERInstagram Si Nopal
Artikel SebelumnyaSissy Iman Dianggap Saingan Aisyah Aziz? Ini Penjelasannya
Artikel Seterusnya[VIDEO] Sufian Suhaimi Di AJL33 Cecah Hampir 6 Juta Tontonan Dalam Seminggu!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress