Sissy Iman, 23 yang juga seorang guru muzik kini sudah mempunyai lima single iaitu Jatuh, Benar Ku Tak Bohong, Entah Apa Rasa dan Mungkin Kamu, sebelum tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Pesanan Ayahanda.

Lagu Khas Buat Bapa 

Sissy ketika ditemui Hangat.com ketika majlis pelancaran lagunya itu berkata Pesanan Ayahanda merupakan single yang begitu bermakna buat dirinya kerana ianya ditujukan khas buat bapa tercinta, Mohammad Kamil Moustaffa. Lebih manis, lagu yang bergenre bossanova dan pop ini telah dihasilkan Sissy sendiri bersama mentornya, Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo.

“Sissy sebenarnya mempunyai dua buah lagu yang ditujukan khas buat bapa sebelum pilih Pesanan Ayahanda sebagai single keenam. Kenapa bapa, sebenarnya kalau kita tengok banyak lagu untuk ibu telah dicipta tetapi untuk bapa tidak bapa dan boleh dikira berapa sahaja”

Anggap Genre Berbeza Dengan Aisyah Aziz

Dalam perkembangan lain, Sissy ketika ditanya mengenai tanggapan netizen sebagai saingan kepada penyanyi Aisyah Aziz berkata, dia dan penyanyi itu masing-masing punyai kelebihan dan perbezaan masing-masing. Malah menurut Sissy dia sama sekali tidak marah jika dibandingkan dengan Aisyah kerana peminat punyai tanggapan yang berbeza dan menghormati pendirian masing-masing.

‘Sissy sangat meminati Aisyah sebenarnya. Dia adalah seorang penyanyi yang berani dan mempunyai karakter vokalnya tersendiri dan Sissy rasa kedua-dua kami punyai kekuatan yang berbeza.Mengenai perbandingan, Sissy tidak marah kerana itu merupakan hak individu’

Video muzik rasmi Pesanan Ayahanda kini boleh dilihat di saluran Youtube Faithful Music selain boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes.

BACA  Mula 24 November, Ini Info & Harga Tiket Teater Hantu Kak Limah

Artikel SebelumnyaPengikut Instagram Sufian Suhaimi Naik Mendadak Kerana Wanita Misteri Atau AJL?
Artikel SeterusnyaComel! Inilah Wajah Sebenar Pemilik Suara ‘Si Nopal’
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress