Semalam, tanggal 10 Februari merupakan hari jadi Neelofa yang ke 30 dan satu majlis hari jadi telah diadakan oleh adik beradiknya serta rakan karib di Cicchetti Di Zenzero di Kuala Lumpur. Difahamkan restoran itu dimiliki oleh pelakon Kavita Sidhu dan suaminya Roberto Guiati.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai, salah seorang tetamu jemputan iaitu bekas ratu cantik Malaysia, Datin Elaine Daly. Dengan tema warna putihElaine telah memuat naik video dan gambar di Insta Storiesnya dan satu gambar menunjukkan, Datuk Hans Isaac turut menjadi tetamu istimewa pada majlis hari jadi Neelofa tersebut.

BACA  [VIDEO] Rantai Implan Kim Kardashian Kelihatan Begitu Pelik!

Rasanya ramai yang dah tahu, Hans dan Neelofa pernah menjalin cinta satu ketika dahulu. Kisah hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah selepas 2 tahun bersama. Tidak dinafikan kini mereka berdua berkawan rapat.

Tetapi, gambar tersebut hanya dimuat naik oleh Elaine sahaja. Neelofa & Hans?? Macam sembunyikan sesuatu jer!

Jika benar pasangan ini benar-benar bercinta, apa salahnya. Dua-dua masih single, sama cantik sama padan pula tu. Apa-apa pun, selamat menyambut ulang tahun kepada Neelofa. Semoga dia terus sukses dalam segala bidang yang diceburi!

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Sufian Suhaimi Di AJL33 Cecah Hampir 6 Juta Tontonan Dalam Seminggu!
Artikel Seterusnya[VIDEO] Iqram Dinzly Rakam Aksi Ghairah Dengan Hanya Bertuala
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.