Baru-baru ini, pelakon Iqram Dinzly meluahkan rasa kecewa nya apabila dia telah diisytihar muflis baru-baru ini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas dikatakan gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000.

Malah selebriti itu turut mengambil keputusan ingin bersara daripada industri seni tanah air. Berdasarkan carian kami di Instagram, Iqram turut mewujudkan hashtag #TributeToIqramDinzly dan #matinyacelebritysepi seakan-akan mengesahkan keputusannya sebelum ini.

Video Aksi Iqram Tersebar 

Namun begitu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai Iqram apabila terdapat sebuah klip video yang tersebar memperlihatkan pelakon itu tampil dengan aksi ghairah pada sesi live di akaun Instagram. Dalam video itu, Iqram telah melakukan beberapa aksi ghairah selain hanya bertuala putih merakam aksi tersebut.

BACA  Zul Ariffin Tampil Penjelasan Isu Kahwin Bersama Wanita Kelahiran Ukraine?

Simpati Dengan Keadaan Iqram 

Melihatkan pada video yang tersebar itu, rata-rata peminat menzahirkan rasa simpati buat Iqram selain menyifatkan pelakon itu memerlukan bantuan dari pihak yang sewajarnya.

Meskipun begitu, dalam perkembangan lain ramai peminat yang memuji akan lakonan Iqram menerusi drama yang ditayangkan di TV3 berjudul Titi Kayu arahan Michael Ang. Malah ada diantara mereka yang mengharapkan agar Iqram melupakan hasratnya untuk bersara kerana menganggap pelakon itu berbakat besar.