Siapa sangka pada tahun ini, pelakon antarabangsa Anne Hathaway bakal menginjak ke usianya yang ke 37 tahun. Menariknya mengenai Anne, ramai yang memuji wajah awet mudanya dari saban tahun yang dilihat seperti tidak dimamah usia dan semakin cantik.

Princess Diaries Bakal Kembali 

Terbaru, buat peminat setia filem Princess Diaries pastinya berita ini merupakan berita gembira buat mereka kerana Anne menerusi satu temubual antarabangsa mengesahkan bahawa sekual ketiga filem ini akan diterbitkan selepas dua filem ini terdahulu pada tahun 2001 dan 2004 mencetuskan fenomena nya tersendiri.

Dikatakan Jelmaan Semula Pasangan William Shakespeare 

Dalam perkembangan lain, mengenai Anne satu pendedahan misteri telah dibuat oleh peminat. Di mana peminat telah mendedahkan bahawa wajah kepada suami Anne, Adam Shulman tidak ubah seperti tokoh pemuitis terkenal dunia, Wiliam Shakespeare.

BACA  Mel B, Spice Girls Hilang Penglihatan Secara Tiba-tiba

Misterinya lagi mengenai mereka, isteri kepada Wiliam juga bernama Anne Hathaway. Adakah pasangan selebriti ini merupakan jelmaan semula William Shakespeare atau sekadar kebetulan? Misteri!