Seekor rakun yang menjadi inspirasi pengarah James Gunn untuk karakter Rocket dalam filem Guardians of the Galaxy dikhabarkan sudah mati.

Seperti dipetik dari EW, Sabtu (9/2/2019), kematian haiwan bernama Oreo itu diumumkan melalui sebuah posting di halaman Facebook Quinta Layla. Nama akaun tersebut adalah lokasi pertanian di Portugal, tempat rakun model Rocket Guardians of the Galaxy tersebut tinggal.

“Berita paling menyedihkan hari ini. Hati kami hancur kerana kami telah kehilangan teman baik kami, penjaga Galaxy kami, Oreo Raccoon. Oreo mati hari ini kerana sakit,” tulis pihak Quinta Layla.

Oreo mati di usianya yang baru berumur 10 tahun. Dia mati akibat penyakit yang dideritanya. Oreo digunakan sebagai referen visual untuk karakter CG Rocket yang suaranya diisi oleh Bradley Cooper. Nama Rocket Racoon juga terinspirasi dari lagu The Beatles, Rocky Raccoon.

BACA  Ramai Yang Tidak Hadir! Anugerah Grammy 2019 Hambar?