Filem sekual ketiga animasi How To Train Your Dragon dengan judul kali ini , The Hidden World telah ditayangkan serentak di seluruh negara dengan menyaksikan pencapaian kutipan terkini adalah sebanyak $138,700,000. Dengan pencapaian terkini itu, ramai yang menjangkakan siri kali ini akan berada senarai tertinggi dengan mudah dalam carta ‘box-office’.

Bermain Dengan Emosi 

Manakan tidak, How To Train Your Dragon yang mula ditayangkan pada tahun 2010 kini sudah tiba pada penghujungnya. Malah kami sendiri tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton filem animasi yang banyak meraih pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Dalam sekual ketiga nya, apa yang kami boleh katakan kali ini banyak bermain dengan emosi terutamanya melibatkan elemen sedih.

BACA  [REVIEW] Sebelum Iblis Menjemput Terlalu Seram & Mencemaskan!

Sedikit spoiler disini, pada penghujungnya penonton pasti akan bergenang air mata melihat naga-naga yang sebelum ini menjadi peneman buat sejumlah manusia, terpaksa berpisah demi kebaikan bersama. Kami menjangkakan How To Train Your Dragon : The Hidden World bakal menjadi filem animasi terbaik bagi tahun 2019 meskipun tirai tahun ini baru masuk bulan yang kedua. Malah penilaian antarabangsa juga hampir memberi markah penuh dengan menyaksikan IMDb memberi 8/10 markah dan Rotten Tomatoes pula 98/100 .

Sinopsis How To Train Your Dragon : The Hidden World

Sebagai ketua kampung Viking, Hiccup dan naga nya, Toothless berusaha untuk untuk memastikan kawasan mereka selamat dari ancaman musuh.

BACA  Dulu 'Jambu' Sekarang Sado, Ini Rahsia 'Six Pack' Shahid Kapoor

Sehingga satu hari, musuh nya kembali untuk menawan naga-naga tersebut dan dalam masa yang sama Toothless turut jatuh cinta dengan seekor naga mistik, Light Fury. Enggan melihat Toothless berasa dalam kongkongannya, Hiccup melepaskan Toothless dan bertarung sendirian melawan musuh.

REVIEW OVERVIEW
Wajib Tonton
Artikel SebelumnyaSeram! Anne Hathaway & Suami Dikatakan Jelmaan Pasangan Wiliam Shakespeare
Artikel Seterusnya[VIDEO] Lady Gaga Menangis di Pentas Grammy Awards 2019
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress